Buat Langkah Ini Untuk Elak Kena Tag Video Tak Senonoh Di Facebook
Ramai kalangan rakan yang berkongsi status mereka terkena
tag dengan video tak sepatutnya atau video tak senonoh. Bagi yang tak ikut
perkembangan semasa mungkin ingat kita terbabit dengan aktiviti begini.
Supaya tak terkena situasi ini di akaun Facebook kita, ada
cara yang boleh kita dilakukan. Langkah yang dikongsi oleh Cikgu Siti Suhaila
ini boleh dipraktikkan terus.
CARA ELAK KENA TAG VIDEO TAK SEPATUTNYA
Rimas asyik kena tag dengan video yang tak sepatutnya? Buat
step macam ni supaya kalau kita kena tag pun, post itu takkan terpapar kat wall
kita selagi kita tak approve. Cegah sebelum terlambat.
Sekali semak wahh memang banyak sangat kena tag. Mujur dah
bertahun setting gini. Macam-macam helah sekarang ni. Hati-hati.
1. Pergi ke bahagian Menu dan pilih Settings & Privacy
dan klik.
2. Pilih Settings
3. Klik Profile Settings
4. Klik Profile and tagging
5. Perhatikan bahagian Reviewing seperti gambar.
6. ‘On’ kan 2 bahagian ini. Ia membolehkan kita menilai dulu
post yang ditag sebelum muncul di profile kita.
Dah tau cara, kena buat kat FB masing-masing ya.
0 Response to "Buat Langkah Ini Untuk Elak Kena Tag Video Tak Senonoh Di Facebook "