Belum ‘settle’ hal budak2, geng wanita Rohingya pula ketuk pintu rumah minta duit?



Minggu ini tular cerita berkenaan budak-budak Rohingya yang bertindak kasar ketika meminta duit di persimpangan jalan. Tindakannya yang mengetuk kereta dan membuat muka biadap berjaya dirakam sehingga menjadi perbualan di media sosial.

 

Walau bagaimanapun, khabarnya kanak-kanak tersebut sudah ‘dikutip’ oleh pihak berkuasa susulan menerima banyak rungutan daripada orang awam.

 

Cara baru minta duit

Namun begitu, satu lagi video tular mengenai peminta sedekah warga Rohingya yang bertindak ekstrim dengan mengetuk pintu rumah orang awam telah berjaya dirakam dan pastinya mengundang amarah warganet.

 

Hal tersebut dikongsikan pemilik akaun TikTok dikenali sebagai @idaaleesa apbila memuat naik video dua orang wanita warga Rohingya sedang berada betul-betul di hadapan pintu rumahnya untuk meminta duit.

 

 

SAMPAI DUA ORANG DATANG RUMAH

Menurut wanita itu lagi, kejadian berlaku di rumahnya di Terengganu dan dapat dilihat kelibat dua orang wanita yang menunggu di depan pintu rumah untuk meminta sedekah.

@idaaleesa kaum wanita rohingya memang mintak sedekah pergi rumah ke rumah eh? #thisisterengganu ♬ الصوت الأصلي - R
 

 

Tindakan seperti itu pastinya membuatkan tuan rumah berasa tidak selesa sehingga dia memuat naik video dengan bertanyakan sama ada tindakan yang dilakukan oleh wanita Rohingya itu adakah salah satu cara mereka mendapatkan duit.

 

SEMAKIN BERANI NAMPAKNYA MEREKA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui berasa risau melihat situasi berkenaan lebih-lebih lagi jika tiada ketua keluarga di rumah.

 

Ada juga di antara mereka berkongsi kejadian yang sama dialami dan mengakui berasa bimbang dengan keselamatan sendiri andai mereka mula bertindak agresif jika permintaan tidak dilayan.

 

 

 

 

 

Sumber : Ohmymedia