Rakyat negara ini yang berasa layak menerima Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM) boleh mengemukakan permohonan baharu mulai 1 hingga 31
Januari depan.
Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata,
permohonan baharu itu bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam
pangkalan data kerajaan menerima bantuan itu.
Katanya, tempoh sebulan itu diharap dimanfaatkan bukan sahaja
permohonan baharu, malah kemas kini data untuk memastikan tiada yang tercicir
daripada menerima BKM.
"Untuk makluman pembayaran BKM akan dilaksanakan empat
kali setahun dan tarikh pembayaran BKM yang pertama dijangka pada Mac 2022.
"Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk di laman
sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya.
Beliau berkata kepada media selepas merasmikan majlis
penutup Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di Dewan Besar Paya Besar, di
sini, hari ini.
Mohd Shahar berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan
bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.
"Bagi BKM 2022, sejumlah RM8.2 bilion diperuntukkan
yang akan memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima," katanya.
Sumber : hmetro