BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) ~ PANDUAN & CARA PERMOHONAN

 

APAKAH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

 

 

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

 

ISI RUMAH

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

BUJANG

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

 

 

 

 

JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

 

 

 

 

BILAKAH TEMPOH PENGEMASKINIAN MAKLUMAT / PERMOHONAN BAHARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) AKAN DIBUKA?

 

  • Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

 

PANDUAN LENGKAP CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) ONLINE 2022

 

  1. Klik Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia di link ini : https://bkm.hasil.gov.my/.
  2. Klik [LOG MASUK].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MYKAD.
  4. Klik [Semak].
  5. Jika paparan menunjukkan “ID Pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”.
  6. Tekan [Daftar Akaun].
  7. Anda akan dikehendaki menjawab 2 soalan. Jawab Soalan yang diberikan dengan jawapan yang betul.
  8. Klik [Teruskan].
  9. Anda akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN BKM.
  10. Sila masukkan Nama Penuh anda seperti di Kad Pengenalan anda. Atau jika sudah ada sila pastikan paparan Nama anda adalah betul.
  11. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda. Atau jika sudah ada sila pastikan paparan Nombor Kad Pengenalan anda adalah betul.
  12. Cipta atau Reka Kata Kunci Keselamatan anda.