Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik
sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang
baharu.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Bukit Aman dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, Ayob Khan menggantikan
Datuk Razarudin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara
menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang akan bersara pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu lagi, Ketua Polis Kedah, Asisten
Komisioner Datuk Kamarul Zaman Mamat akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua
Polis Johor yang baharu.
Ayob Khan, 55, menjadi Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020 dan
sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan
Khas, Bukit Aman.
Sumber : sinarharian