CONTOH KIRAAN JIKA JUMLAH SIMPANAN TETAP / TIDAK BERUBAH
Contoh Kiraan 1:
Jumlah simpanan RM50,000 x 5 / 100 = RM2,500 dividen
setahun.
Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah
simpanan tetap dari Januari hingga Disember)
Contoh kiraan 2:
Jumlah simpanan RM50,000 x 0.05 sen = RM2,500
Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah
simpanan tetap dari Januari hingga Disember)
CONTOH KIRAAN ASBF
Alhamdulillah, pulangan ASB tahun ini adalah 5%.
Dividen = 4.25%
Bonus = 0.75%
BAGAIMANA CARA MENGIRA DIVIDEN TAHUNAN ASB FINANCING ANDA
Jumlah Nilai ASBF x 5% = Dividen tahunan
Contoh :
ASBF RM200,000 = RM10,000
ASBF RM100,000 = RM5,000
ASBF RM50,000 = RM2,500
*Sesiapa yang mengambil moratorium untuk ASBF juga akan
menerima dividen penuh.
CARA KIRA DIVIDEN ASBF (TAK SAMPAI 12 BULAN)
*Contoh baru buat 10 bulan dan buat ASBF RM100K
.
ASBF RM100K = Dividen Tahunan RM5,000
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen
sebulan)
RM5,000 / 12 = RM417
.
(Darabkan dengan 10 untuk dapakan anggaran dividen 10 bulan)
RM417 x 10 bulan = RM4,170
CARA MENYEMAK DIVIDEN ASB 2021 SECARA ONLINE
- Sekarang tak perlu lagi beratur untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.
- Semakan dividen dan bonus boleh dilakukan secara online melalui Portal myASNB.
- myASNB adalah sebuah portal dimiliki oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
- Ia mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat simpanan dan melaksanakan urusan di mana sahaja pada bila-bila masa.
Ini langkah membuat semakan
ASB online :
- Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
- Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
- Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
- Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan
MAKLUMAT LANJUT TENTANG DIVIDEN ASB 2021
Sebarang maklumat lanjut tentang dividen ASB 2020, sila
rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my