Seorang warga emas yang baru hendak ke masjid maut ditikam
menggunakan pisau di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha
Hoong Fong berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun yang
bekerja sebagai kontraktor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, hasil siasatan dan risikan berjaya menahan dua
lelaki berusia 33 tahun termasuk suspek utama di sekitar Klang dan Shah Alam
pada Jumaat.
Sumber : Astroawani