19 Disember 2021 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, semalam, berkenan berangkat meninjau situasi banjir di ibu kota susulan
hujan lebat yang melanda Ibu Kota sejak 24 jam yang lalu.
Seri Paduka Baginda telah berkenan di tengah hujan, menuruni
kenderaan Baginda di jalan susur menghala PWTC dan meredah air banjir bagi
melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan tersebut.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda bercemar duli adalah
cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira
tempat, masa dan cuaca.