Diskaun Saman Trafik Disember 2021
1) Perlis
Tarikh diskaun : 1- 5 Disember 2021
Pengurangan 50% Untuk Semua Jenis Saman Kecuali :
- Saman kemalangan
- Tidak Boleh Dikompaun (NC)
- Saman dalam perbicaraan
- Saman berstatus waran thun semasa / status mahkamah
- Saman berkaitan lori
Kaedah Pembayaran
Bagi mendapatkan potongan saman ini 50%, pengguna perlu
membuat bayaran secara manual di semua kaunter JSPT IPK Perlis, Arau dan Padang
Besar.
2) Sarawak
Bermula 01 hingga 14 Disember 2021 seluruh Kontinjen Sabah
akan membuka kaunter diskaun saman trafik dari jam 8:30 pagi hingga 3:00 petang
(waktu pejabat).
Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :
- Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
- Lorong Kecemasan
- Potong Secara Memberhaya
- Potong di Garisan Berkembar
- Kemalangan
- Dalam Perbicaraan
- Tidak Boleh Kompaun
- Kesalahan Berkaitan Lori
- Pengubahsuaian Ekzos
Pastikan anda mengamalkan penjarakan sosial dan memakai Face
Mask semasa berurusan di Kaunter Pembayaran.
3) Kelantan
Tarikh : 15 – 30 November 2021
Bermula 15 hingga 30 November 2021 seluruh Kontinjen
Kelantan akan membuka kaunter diskaun saman trafik dari jam 8.30 pagi hingga
4:00 petang (waktu pejabat).
Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :
- Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
- Lorong Kecemasan
- Potong Secara Merbahaya
- Potong di Garisan Berkembar
- Dalam Perbicaraan
- Tidak Boleh Kompaun
- Kesalahan Berkaitan Lori
- Pengubahsuaian Ekzos
4) Pahang
PDRM Kontinjen Pahang akan melaksanakan tawaran diskaun
tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh
Kontinjen Pahang bermula 22 November sehingga 6 Disember 2021 ( Kecuali Sabtu
dan Ahad ).
Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman
trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter
trafik di seluruh negeri Pahang.
5) Negeri Sembilan
PDRM Kontinjen Negeri Sembilan akan melaksanakan tawaran
diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM
seluruh Kontinjen Pahang bermula 29 November sehingga 8 Disember 2021.
Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman
trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter
trafik di seluruh Negeri Sembilan.
6) Kedah
Diskaun Saman Trafik di Kedah
Tarikh: 6-8 Disember 2021
Untuk semua jenis saman KECUALI:
- Tidak patuh lampu isyarat
- Lorong kecemasan
- Potong secara merbahaya
- Potong di garisan berkembar
- Kemalangan
- Dalam perbicaraan
- Tidak boleh kompaun
- Kesalahan berkaitan lori
- Pengubahsuaian ekzos
7) Perak
Kaunter semakan dan bayaran Saman Trafik PDRM Perak tawaran
diskaun 50% akan dibuka pada ketetapan berikut:
Waktu Operasi:
Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi – 4.00 petang (Rehat 1.00
petang – 2.00 petang)
Jumaat : 9.00 pagi – 4.00 petang (Rehat 12.00 t/hari – 2.30
petang)
Lokasi : Semua Kaunter Saman Trafik PDRM Perak
Saman yang BERKECUALI untuk tawaran diskaun 50% :
- Saman Kemalangan Tahun 2021
- Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
- Saman Berstatus Bicara Mahkamah (’m’)
- Saman Berkait Kenderaan M/Lori (‘β’)
- Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong ‘Q’ Tahun 2021
- Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
- Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
- Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021
- Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan (’ë’)
Semua orang awam dinasihatkan ke Kaunter saman Bahagian
Siasatan dan Penguatkuatsaan Trafik Daerah terdekat untuk semak dan cetak saman
yang ingin dibayar.
Pembayaran melalui Kad Kredit/ Debit adalah sehingga 24
Disember 2021 sahaja.
Cara Semakan Saman Online
Perkhidmatan digital, MyBayar Saman yang baru dilancarkan
ini dapat memudahkan pengguna membayar saman trafik dengan mudah terus kepada
pihak PDRM secara atas talian.
Langkahnya cuma perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas
itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat
semakan saman dan pembayaran secara atas talian.
Untuk membuat semakan sama ada anda mempunyai saman
tertunggak atau saman trafik yang berkenaan, sila layari pautan
https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui
Google Playstore atau iOS Store.