Semak Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Kepada Keluarga Malaysia B40 Bermula…

PELUANG KERJAYA
0

 

Dalam usaha memastikan diri dan Keluarga Malaysia bebas daripada jangkitan Covid-19, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

 

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan medianya pada September yang lalu, Pakej Penjagaan Covid-19 ini dirangka sebagai persediaan kita ke arah menghadapi era endemik Covid-19.

 

SEMAKAN PPC MELALUI DATA BPR

Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam kalangan B40, anda layak untuk menerima bantuan penjagaan Covid-19 in.

 

Semakan kelayakan boleh dibuat di laman portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/

 

 

  1. Klik Log Masuk
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik Menu Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan – Status Permohonan & Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

 

TARIKH PELAKSANAAN / PEMBERIAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hantarannya di Facebook pada November memaklumkan Pakej Penjagaan COVID-19 kini dalam proses penghantaran kepada semua Keluarga Malaysia B40 yang layak.

 

Dan, Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

 

SENARAI PAKEJ PENJAGAAN COVID-19 (PPC)

Kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi :

 

  1. Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga);
  2. Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga);
  3. 1 pulse oximeter;
  4. 1 termometer; serta
  5. Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !