"PDRM telah memutuskan untuk memberi peluang kepada
semua rakyat menyelesaikan kesemua saman-saman tertunggak mereka dengan kadar
yang sama sehingga 31 Disember ini.
Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, orang ramai tidak
perlu hadir program ini (100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia) semata-mata untuk
menjelaskan saman tersebut.
Sebalilknya mereka boleh ke semua kaunter-kaunter trafik di
seluruh negara, membuat membayar melalui online MyBayar Saman melalui Google
Playstore atau iOS Store dan memalui ATM Bank seluruh Malaysia.
www.infomalaysiakini.com
akan memberikan cara atau panduan untuk membuat bayaran secara online atau menggunakan
ATM Bank. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk membuat bayaran Saman
dan tidak perlu untuk berpusu-pusu untuk pergi ke kaunter trafik di seluruh
Malaysia.
PEMBAYARAN SAMAN SECARA ONLINE
Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau
muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
Untuk yang pertama kali masuk ke MyBayarSaman, boleh klik
Sign Up New User untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu.
- Setelah itu, isi maklumat yang tertera seperti di dalam gambar di atas. Maklumat yang anda perlu isi adalah Kad Pengenalan, Nama Penuh, Email, dan Nombor Tel
- Sudah isi klik di kotak yang bersebelahan “I AGREE WITH TERMS & CONDITIONS”
- Klik “Request for OTP Verification”
- SMS anda akan terima untuk dapatkan no OTP.
Isi maklumat yang di minta.
CARA MEMBUAT BAYARAN SECARA ONLINE
Masukkan maklumat User
ID iaitu Kad pengenalan anda dan Password yang anda daftarkan
Klik Sign In
Saman akan tertera dan anda klik Payment of Summons untuk
membuat bayaran.
Akhir sekali, pilih bank mana anda inginkan untuk membuat
bayaran. Setelah itu ikut step yang d minta. Setelah itu selesai. Pastikan
maklumat bayaran saman anda, di simpan sebagai rujukan.
CARA MEMBUAT BAYARAN SAMAN MENGGUNAKAN ATM BANK.
Video ini haruslah dikasih besar untuk melihat panduan untuk membuat bayaran di ATM Bank.
Info yang kami sediakan adalah untuk memudahkan semua rakyat
Malaysia untuk membuat bayaran SAMAN PDRM yang telah di tawarkan oleh PDRM
sebanyak 80%. Semoga info ini dapat membantu anda untuk membuat bayaran Saman
dengan mudah dan jimat masa.