Sejak pandemik melanda negara kita, ramai rakyat Malaysia
yang terkesan dari segi pekerjaan dan kewangan. Sampai ada yang kena halau
rumah sebab tak mampu nak membayar sewa bulanan.
Menyedari kesusahan rakyat dalam mencari rumah mampu milik,
kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan termasuk inisiatif perumahan untuk
golongan B40 dan M40 di Malaysia.
Paling terbaru, sebagai usaha untuk membantu mereka yang
terkesan akibat pandemik COVID-19, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) telah memperkenalkan program Rumah IKRAM KPKT.
Untuk memberikan anda gambaran lebih jelas tentang rumah
IKRAM, panduan ini akan menerangkan apa sebenarnya inisiatif IKRAM termasuk
cara dan kelayakan untuk memohon. Teruskan membaca!
APA ITU PROGRAM INISIATIF KEDIAMAN RUMAH KELUARGA MALAYSIA
(RUMAH IKRAM KPKT)?
Rumah IKRAM KPKT adalah inisiatif kerajaan dalam menyediakan
kediaman sewa pada kadar minimum serendah RM124.00 / bulan bagi membantu
keluarga yang terkesan dan kehilangan rumah disebabkan pandemik COVID-19.
Seperti yang dinyatakan di portal rasmi TEDUH KPKT, tujuan
utama inisiatif ini adalah untuk:
- Memberi perlindungan kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19 dengan penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat; dan
- Meyediakan kemudahan insentif melalui sewaan percuma selama 6 bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat.
Rasanya memang tak dapat nak sewa sebuah rumah di luar
dengan harga RM124.00 sebulan tu, bilik mungkin ada.
Kalau anda perasan harga sewa rumah IKRAM KPKT adalah sama
dengan kadar sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).
Tak peliklah sebab kediaman sewa KPKT yang terpilih
sebenarnya terletak di dalam kawasan projek PPR, yang mana berbeza dengan
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ya.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON RUMAH IKRAM KPKT?
Seperti semua program bantuan kerajaan yang lain, ada syarat
kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memohon rumah IKRAM. Selain terkesan akibat
COVID-19, syarat permohonan lain adalah seperti berikut:
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia,
- Pemohon berumur 18 tahun ke atas,
- Belum memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan telah ditamatkan atau seumpamanya, dan
- Pendapatan isi rumah tak lebih RM3,000 sebulan.
BAGAIMANA NAK MOHON RUMAH IKRAM KPKT?
Permohonan bagi rumah IKRAM perlu dibuat secara online.
Sekiranya berminat dan layak, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah:
- Layari laman web TEDUH KPKT
- Pilih projek PPR yang diingini (pastikan ada logo RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA di gambar projek)
- Klik butang ‘MOHON DI SINI’
- Log Masuk atau Daftar Akaun jika belum ada
- Isi semua maklumat yang diperlukan
- Hantar permohonan
kalau duda anak 1 boleh mohon ker
ReplyDeletekalau duda ada anak 1 boleh mohon ker.... sebab ada kawan kawin dgn bukan warganegara tak lulus...
ReplyDelete