Sekiranya anda memerlukan bantuan membeli barang dapur atau
susu anak, anda boleh memohon bantuan di bawah Program PRIHATIN Kasih. Ini
mungkin merupakan satu berita baik untuk anda memandangkan dalam keadaan harga
barang keperluan yang dikatakan naik secara mengejut sekarang, pasti ramai yang
berasa agak tertekan untuk menyediakan keperluan harian bagi keluarga dan
insan-insan yang berada di bawah tanggungan anda.
Sila rujuk gamabr di bawah untuk pelaksanaan setiap negeri
bagi bantuan prihatin kasih ini.
Anda boleh layari laman web www.infomalaysiakini.com untuk
mengetahui bantuan-bantuan lain yang diwujudkan oleh pihak kerajaan disamping
berita-berita semasa Malaysia.
PROGRAM PRIHATIN KASIH: RM100 SEBULAN SELAMA 3 BULAN
Program PRIHATIN Kasih merupakan inisiatif di bawah Program
Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang dilaksanakan oleh
Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN PROGRAM PRIHATIN KASIH
Bantuan daripada program ini disalurkan kepada golongan isi
rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.
Kesemua penerima bantuan yang layak akan menerima RM100
sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad
dimana ia boleh digunakan bagi tujuan membeli barang keperluan seperti makanan
tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi.
Kesemua barangan keperluan ini boleh dibeli di 300 rantaian
pasar raya dan kedai seluruh negara. Di bawah adalah rantaian pasar raya
tersebut:
- Giant
- Mydin
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
Kedai-kedai runcit yang terpilih
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN
- Sila ke laman web MyKasih
- Sila masukkan nombor kad pengenalan & kod captcha
- Sila tekan pada butang “Semak Status”
- Keputusan kelayakan akan dipaparkan
- Penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
- Penerima juga perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
Saya perlukan bantuan my kasih tp xdpt. Sbb suami seorg keje. Sy da diberhentikan keje..
ReplyDelete