Bersempena
dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman. Bagi saman yang dikeluarkan
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditawarkan pengurangan
sehingga 80%, manakala selain daripada itu, ditawarkan diskaun sehingga 70%.
Kaunter
pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00
petang.
Tawaran
saman ini sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas serta tertakluk
pada terma dan syarat.
Semoga warga
Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini.
Pastikan
pakai pelitup muka, sanitasi tangan dan jaga jarak fizikal semasa hadir nanti.
CARA
PENDAFTARAN MYBAYAR SAMAN
Berikut
dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar
Saman.
Layari
Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi
MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
- Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
- Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
- Log masuk setelah selesai mendaftar.
- Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
- Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih
CARA BAYAR
SAMAN MELALUI PORTAL / APLIKASI MYBAYAR SAMAN
Untuk
pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Butiran saman dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
- Semak saman yang ingin dibayar.
- Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
- Pembayaran selesai.
CARA BUAT
SEMAKAN SAMAN JPJ
Untuk
membuat semakan saman JP secara online, sila layari Portal Rasmi JPJ di pautan
berikut:
https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
Tekan butang
Pilihan Carian dan pilih sama ada anda ingin membuat semakan mengikut:
- No ID
- No ID dan No Kenderaan
- Pilih Kategori ID dan taipkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.