Kepada individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM), anda boleh membuat pendaftaran dan kemaskini maklumat anda bermula 1
hingga 31 Januari 2022.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata,
bagi yang telah layak Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sedia ada, anda tidak perlu
lagi memohon kerana akan diberikan bantuan secara automatik dan bayaran pertama
adalah dijangka pada bulan Mac 2022.
Proses pendaftaran itu dibuka bagi memastikan mereka yang
layak, namun adakalanya tiada dalam pangkalan data dan mereka diberikan peluang
untuk memohon dan mengemaskini menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN).
Ahli Parlimen Paya Besar itu memaklumkan pula mengenai BKC
fasa 3, ia akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan pada bulan
Disember depan melibatkan RM1.2 billion dan untuk penerima isi rumah, kategori
miskin dan B40.
Untuk kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) anda
bolehlah ke laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di alamat
https://www.hasil.gov.my/ atau ke LHDN
berdekatan.
Saya dahcuba
ReplyDeleteMacam mana,01:42satbu 4D2021,,apanak dipanjang sampai sayanak dimusuh,,,pengawal tidak boleh guna kuasa jagaan tanpa berasas!!@waktu kerja8:00 to 5:00pm ot 8:00-10:00ofis staff!!!! Jikalau ada org lain dlm ofis macam ada sendiket@lagi pun org yg tiada kena mengena dlm ofiss!!!!,projek jambatan bintangor,Kuching..
ReplyDelete