KL City FC berjaya cipta sejarah apabila berjaya menewaskan
pasukan gergasi bola sepak tempatan iaitu JDT untuk merangkul gelaran juara
Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Perlawanan tersebut bermula dengan kedua-dua pasukan dilihat
berusaha untuk cuba menembusi gawang masing-masing.
Walaupun demikian, kedua-duanya terpaksa akur terikat dengan
tiada sebarang jaringan yang berjaya dihasilkan pada separuh masa pertama.
Namun selepas separuh masa kedua, pasukan KL City FC dilihat
mula beraksi garang dengan menekan pertahanan pasukan JDT sehingga akhirnya
berjaya menjaringkan dua gol menerusi Zhafri Yahya (66) dan Paulo Josue (74).
Jaringan dua gol tersebut telah membuatkan pasukan JDT
terpaksa berputih mata untuk merangkul gelaran juara.
Lebih manis, kejayaan itu dikecapi selepas 32 tahun menanti
trofi tersebut selepas klai terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi berprestij
berkenaan pada tahun 1989.