Apakah itu PTV?
Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang (PTV) merupakan
inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada
golongan berpendapatan rendah
Melalui program ini, baucar RM50 diberi kepada penerima
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang layak bagi membantu mereka membeli
produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful
berlesen
Siapakah yang layak untuk mendapat PTV?
Inisiatif ini terbuka kepada semua penerima BPR.
Inisitif ini akan ditawarkan kepada penerima BPR kategori
isi rumah terlebih dahulu bermula 30 September 2021, sebelum dibuka kepada
penerima BPR di bawah kategori yang lain dalam masa terdekat.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENEBUS BAUCAR PTV SEMASA MEMBELI
PRODUK PERLINDUNGAN TENANG?
KAEDAH 1 - PENEBUSAN BAUCAR UNTUK PEMBELIAN PRODUK ATAS
TALIAN:
- Layari laman web MyCoverage
- Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.;
- Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut
- Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (NRIC), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian
KAEDAH 2 - PENEBUSAN DI KAUNTER:
- Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful
- Teliti dan fahami maklumat asas serta manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/ sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Anda akan dibantu sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai produk Perlindungan Tenang tersebut
- Sekiranya anda ingin meneruskan pembelian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian
- Proses ini mungkin berbeza mengikut syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing. Anda dinasihatkan untuk menghubungi wakil perkhidmatan pelanggan syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut
UNTUK MENYEMAK KELAYAKAN, SILA IKUTI LANGKAH-LANGKAH SEPERTI
DI BAWAH:
- Layari Portal PTV
- Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DANMEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”;
- Klik butang “Cari”. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.
- Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.
Untuk lebih faham, rujuk di sini
https://www.mycoverage.my/pdf/mycoverage/PTV%20FAQ_Bahasa%20Malaysia%20Final%20161121.pdf