Seorang lelaki mati selepas ditembak polis di persimpangan
Jalan Simpang Tiga - Batu Lintang, dekat sini sekitar jam 7.40 malam Rabu.
Suspek adalah individu yang dikehendaki polis kerana
terlibat dalam beberapa kes jenayah sebelum ini.
Suspek dipercayai berasal dari Kampung Pinang Jawa, Kuching
telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di
persimpangan lampu isyarat di Jalan Simpang Tiga sebaik sahaja menyedari
diekori polis.
Beberapa anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah
Kuching cuba menahan suspek, namun suspek cuba melanggar mereka, menyebabkan
anggota terbabit terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.
Beberapa kenderaan turut rosak dipercayai dilanggar suspek.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah antara yang
kelihatan di lokasi.
Sumber : Astroawani