Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat
pengumuman pemberian Moratorium akan dilanjutkan kepada dua tahun lagi bagi
golongan B50.
Yang Berhormat Perdana Menteri mengumumkan perkara tersebut di hantaran
facebook milik beliau sebentar tadi.
Bagi meringankan beban rakyat Moratorium yang akan tamat pada 31 Disember
ini akan dilanjutkan selama dua tahun bagi peminjam golongan B50 kata beliau.
Menerusi hantaran tersebut Perdana Menteri juga meminta bank bank agar
tidak mengenakan tindakan undang undang kepada peminjam yang gagal membuat
pembayaran sebaliknya peminjam boleh berbincang dengan pihak bank bagi membuat
penstrukturan bayaran balik.
Dalam masa yang sama menurut Perdana Menteri, kerajaan juga melalui Jabatan
Insolvensi Malaysia telah menaikkan nilai ambang kebankrapan kepada RM 100,000.
Tambah Perdana Menteri kerajaan juga menyediakan banyak inisiatif untuk
mensejahterakan rakyat dibawah Bajet 2022. Antaranya seperti Bantuan Keluarga
Malaysia, bantuan awal persekolahan, rancangan makanan tambahan anak-anak
miskin dan lain lain.
Kerajaan juga telah mengaktifkan Majlis Perlindungan Sosial (Myspc) bagi
membentuk dasar keselamatan sosial yang komprehensif dan bersepadu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk
membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab
terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.