MySejahtera kini telah mula menawarkan kemaskini aplikasi,
sekaligus menambah sebuah ciri baharu dinamakan MySJ Trace.
Melalui penerangan MySejahtera sendiri, MySJ Trace merupakan
salah satu fungsi mudah-alih pengesanan kontak yang dibangunkan kerajaan
Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” dimana telefon bimbit
pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu. Hal
ini dijayakan melalui penggunaan sokongan geolokasi dan juga Bluetooth pada
peranti.
Ciri ini dilihat akan memudahkan proses pengesanan kontak
dan mengenalpasti individu yang pernah ada kontak rapat dengan pesakit yang
telah disahkan Covid-19.
MySJ Trace memerlukan Android 8 dan ke atas, selain iOS 10
dan terkini untuk beroperasi. Ia akan terus berfungsi pada latar, dan pengguna
perlu mengaktifkan Bluetooth setiap masa untuk ia berfungsi.
Bersama-sama kemaskini ini juga, ia akan memaparkan berapa
ramai interaksi secara MySJ Trace yang berlaku pada sesuatu hari.
Selain itu, pada masa yang sama, MySejahtera juga dilihat
tidak lagi menyertakan butang “Check Out” bersama-sama kemaskini baharu ini.
Kemaskini MySJ Trace ini telah pun ditawarkan untuk pengguna
Huawei melalui AppGallery pada hari ini, dan dijangka ditawarkan melalui
AppStore dan Google Play Store tidak lama lagi.
Sumber : amanz.my