APA ITU MYSALAM?
mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan
kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada
individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam
melalui Tabung Amanah mySalam.
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif
Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma
kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia.
PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
KATEGORI BSH
Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos
salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50
sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan,
hospital tentera, dan hospital universiti.
CONTOH TUNTUTAN BERJAYA
CARA MEMBUAT SEMAKAN TUNTUTAN MYSALAM
Pergi ke laman web https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_BM
untuk membuat semakan kelayakan.
Setelah masukkan IC anda, keputusan kelayakan anda akan
tertera
Klik link ini https://www.mysalam.com.my/b40/public/
Masukkan kad pengenalan anda dan password
Setelah itu, jumlah tuntutan anda akan tertera. Untuk membuat
tuntutan, borang akan tertera di sebelah maklumat anda. Anda tinggal klik untuk
membuat tuntutan. Semoga Berjaya
Untuk semak keputusan tuntutan , Klik Tuntutan.