Bekas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengembalikan dana RM42 juta
milik SRC International Sdn Bhd yang dikreditkan secara salah ke akaunnya,
sebaliknya telah menggunakannya, kata Mahkamah Rayuan hari ini.
Hakim Datuk
Abdul Karim Abdul Jalil berkata perkara lazim bagi mana-mana pemegang akaun
yang tersilap atau tidak sengaja menerima dana ke dalam akaunnya adalah untuk
memulangkannya dan membetulkan kesilapan itu, tetapi Najib tidak melakukan
sedemikian apabila RM42 juta itu dipindahkan ke akaunnya.
Dalam
penghakiman ringkas setebal 54 muka surat itu, hakim berkata Najib tidak pernah
membuat aduan dengan pihak bank apabila dana itu dikreditkan secara salah ke
akaunnya tetapi beliau agak berpuas hati apabila menerimanya dan menggunakan
dana itu sesuka hatinya.
"Tidak
pernah ditunjukkan penggunaan dana itu ada kaitan dengan SRC International atau
perniagaannya. Hakim perbicaraan (Mohd Nazlan Mohd Ghazali) menganggap
pemindahan dana itu ke dalam akaunnya mesti dilakukan dengan pengetahuan perayu
kerana jika tidak, beliau tidak akan membelanjakan RM42 juta tersebut.
"Oleh
itu, keseluruhan keterangan mengukuhkan kesimpulan hakim bahawa perayu pasti
mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta yang dipindahkan ke dalam
akaunnya," katanya sambil menambah bahawa mahkamah juga bersetuju dengan
penemuan hakim perbicaraan bahawa bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan
jelas menunjukkan bahawa pergerakan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada
akaun bank SRC adalah tindakan penyalahgunaan yang tidak jujur," katanya.
SRC
INTERNATIONAL | SABITAN BERSALAH NAJIB RAZAK KEKAL
Hakim Abdul
Karim juga berkata RM42 juta itu dimasukkan ke dalam akaun bank Najib dan tidak
pernah dialihkan ke mana-mana akaun lain dan RM42 juta itu digunakan oleh
perayu (Najib).
Sebaik
sahaja dana berkenaan diterima ke dalam akaun bank perayu, beliau menggunakan
dana tersebut dengan mengeluarkan beberapa cek.
"Dalam
keadaan ini, perayu sudah mengetahui dana yang dikreditkan ke dalam akaun
banknya, dan mengikut undang-undang, beliau bertanggungjawab dan akan
dipertanggungjawab terhadap aktiviti dalam akaunnya," kata hakim.
Hakim juga
bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa semua elemen penting mengenai
penyelewengan harta yang diamanahkan oleh perayu telah digunakan dengan jelas.
Beliau
berkata keterangan jelas menunjukkan perayu telah menyeleweng RM42 juta, subjek
tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan memindahkan untuk kegunaan beliau
sendiri serta telah menyeleweng secara tidak jujur.
Sumber :
AstroAwani
Casino Bonus codes and free spins no deposit 2021 - The
ReplyDeleteGet exclusive casino bonus Air Jordan 12 retro codes real jordan 17 retro and authentic air jordan 5 shoes Online free spins no deposit 2021. Compare 2021's 룰렛 돌리기 Best Casino great jordan 19 retro on sale Bonus Codes & get the Best Free Spins No Deposit Bonus 2021