TERNYATA tindakan lelaki ini membina rumah rakit tidak
sia-sia apabila rumah yang dibina pada Mei lalu berjaya menyelamatkan
keseluruhan barangan dan peralatan rumah.
Jelas Aziela Baharudin, walaupun ada yang tertawakan usaha
abangnya membina rumah rakit di atas darat, namun usaha tetap diteruskan.
Nyata hasilnya cukup sempurna di kala banjir melanda.
“Tak sia-sia anak jantan mok buat
Bernas gok idea die
Banjir melanda rumah rakit ada
Tak banjir dia duduk atas darat
Tempat lepak2 buat bbq dan steambot
Banjir dia terapung atas air
Tempat letak peti ais, mesin basuh tilam bagai,” kata
Aziela.
“Pada awal Januari 2021, banjir paling besar pernah berlaku
di kampung. Banjir kali ni air naik mendadak, memang tak sempat nak selamatkan
kebanyakan barang. Peti ais berenang-renang kat luar rumah, kitorang satu
‘family’ hanya mampu tengok dan gelak je. Redha..
“Abang saya ‘fedup’ asyik kena angkut ke hulu ke hilir
barang-barang elektrik dan barang
bengkel dia ke tempat yang selamat . Belum kira pakaian, tilam,bantal. Memang
banyak barang.
“Jadi awal bulan Mei 2021 abang saya ‘start’ projek rumah
rakit. Walaupun kena gelak sebab buat rumah rakit atas darat , dia lantakkan
aje 🤣🤣
“Tak sangka Disember 2021, banjir sekali lagi. Jadi boleh
‘test drive’ rumah rakit. Barang-barang dari rumah semua angkat letak di rumah
rakit. Alhamdulillah terapung elok . Peralatan elektrik selamat,mesin-mesin dia
pun selamat. Banjir ni dah jadi macam acara tahunan pulak di kampung ni,”
katanya.
Lokasi : Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala
Lipis.”
Sumber : utusantv