Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh
pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang
baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan,
tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah
bantuan kewangan YBR yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah
maklumat terperinci mengenai bantuan YBR yang anda perlu tahu jika
berkelayakan.
PENERANGAN BANTUAN KEWANGAN YBR
Untuk maklumat semua, pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah
memperkenalkan Bantuan Awal Pengajian. Ia adalah satu program membantu pelajar
yang mahu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi ke IPTA
atau IPTS dan memerlukan bantuan awal.
Bantuan ini adalah berbentuk ‘ONE OFF’ iaitu hanya diberikan
sekali sahaja kepada pelajar yang layak. Terdapat kriteria yang harus dipenuhi
oleh para pemohona.
KADAR BANTUAN KEWANGAN
Sebelum ini, penerima yang layak akan menerima bantuan
sebanyak RM1,000 seorang dari Yayasan Bank Rakyat. Kadar bantuan boleh dibaca
di pautan berikut:
https://www.sinarharian.com.my/article/114088/BERITA/Nasional/3100-pelajar-baharu-IPT-terima-RM1000-daripada-Yayasan-Bank-Rakyat
KRITERIA KELAYAKAN MEMOHON
- Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
- Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
- Pemohon merupakan pelajar semester 1.
- Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.
LANGKAH-LANGKAH MEMOHON BANTUAN
- Permohonan hanya diterima secara atas talian di pautan berikut dengan klik ‘daftar’: https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/bap-home
- Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.
- Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.
- Butiran tanggunggan haruslah disertakan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan.