Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengingatkan
orang ramai agar mengambil sikap berhati-hati dengan tindakan segelintir pihak
yang mendakwa sebagai ‘Menteri Kewangan’
Menurut Menteri Kewangan itu, selain berhati-hati, orang
ramai juga dinasihatkan melakukan semakan dengan pihak berkuasa sekiranya
menyedari ada perkara yang mencurigakan.
“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam
di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan.
Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.⠀
⠀
“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri
Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah
berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2. Pesanan ini juga khas untuk
isteri saya,” tulis Tengku Zafrul dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.
Sumber : AstroAwani