Pelanggan yang dihormati, BSN menawarkan kemudahan BSN
MyRinggit-i Banjir, pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurangkan beban
kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.
BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan jumlah pembiayaan sehingga
RM10,000 pada kadar 0% untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium
(bayaran semula) 6 bulan pertama untuk pembayaran ansuran bulanan. Mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir
boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui
laman web rasmi BSN, www.bsn.com.my mulai 27 Disember 2021.
Bagi pemohon yang mempunyai atau tidak mempunyai akses ke laman
web berkenaan, sila kunjungi Cawangan
BSN berdekatan bagi membuat permohonan.
Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah seperti
berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
- Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/ JKKKI
- laporan polis berkenaan rumah yang terjejas
Pihak BSN akan menerima status permohonan melalui sistem
pesanan ringkas (SMS). Pemohon boleh
menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi
BSN. Untuk keterangan lanjut, sila
hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 1300-88-1900.