Dengan melonjaknya perbankan online dan e-commerce, makin
ramai yang berurusan secara atas talian. Scammer pula makin licik memperdayakan
pengguna. Jadi, bagaimana cara nak check scammer online?
Telegram Rasmi – infoinfopentingdimalaysia
Secara khususnya, portal ini berada di bawah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil
Commercial Crime Investigation Department (CCID).
Portal CCID Semak Mule ini membolehkan seseorang buat
semakan scammer online atau apa-apa bentuk penipuan.
Kita boleh masukkan maklumat ini untuk mengesan scammer:
- No Akaun Bank
- Nombor Telefon
LAMAN WEB CCID / SEMAK MULE
Sebelum anda membuat bayaran atau meneruskan urusniaga,
terutamanya dalam jumlah yang besar, anda boleh buat semakan nombor akaun atau
nombor telefon.
Cara nak check scammer online ni mudah sahaja dan hanya
ambil masa beberapa saat sahaja!
Di sini kami kongsikan langkahnya:
- Layari laman web rasmi CCID (Commercial Crime Investigation Department) aka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pautan berikut: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ ATAU buka aplikasi Semak Mule melalui Google Playstore.
- Terdapat 2 kategori yang boleh anda pilih untuk membuat semakan iaitu Nombor akaun dan bank Nombor telefon
- Pilih salah satu daripada kategori di atas.
- Kemudian, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank individu yang disyaki tersebut.
- Masukkan maklumat Captcha
- Tekan butang ‘Semak Maklumat’
- Maklumat akaun bank atau nombor telefon akan dipaparkan sama ada ia pernah dilaporkan sebagai scammer.
Rujuk panduan bergambar di bawah:
SEMAKAN NO TELEFON / NO AKAUN SCAMMER ONLINE (MELALUI
LAMAN WEB CCID)
Kalau anda buat carian melalui laman web, akan keluar page
macam di bawah ini.
Hanya perlu masukkan nombor telefo atau nombor akaun orang
yang kita nak check dalam ruang di bawah.
Lepas tu, tekan butang SEMAK MAKLUMAT.
Semakan akan memberitahu kita sama ada ada orang yang dah
pernah laporkan nombor telefon tersebut sebagai scammer.
Selain itu, carian maklumat juga akan menyatakan sama ada
ramai orang telah membuat semakan terhadap nombor telefon atau nombor akaun
yang dimasukkan tadi.
CARA CHECK NO TELEFON / NO AKAUN SCAMMER MELALUI APPS
Jika anda sentiasa berurusniaga dengan orang ramai, bolehlah
terus install aplikasi CCID Semak Mule di Google Play Store ini:
Caranya sama juga, cuma perlu masukkan nombor akaun atau
nombor telefon.
Sekiranya nombor tersebut tidak selamat, anda akan menerima
notifikasi dan amaran seperti ini:
Jika mendapat amaran ini, anda boleh mengelakkan daripada
meneruskan urusniaga dan membuat laporan terus melalui pihak PDRM.
Jadi dengan maklumat ini, kita bolehlah meneruskan urusniaga
dengan lebih yakin dan selamat.