Eh, tiba-tiba status MySejahtera bertukar kuning. Kenapa ya?
Apa nak buat ni? Tak boleh masuk kedai atau premis awam ke?
Tentu ada antara kita yang pernah mengalami masalah ini di MySejahtera.
Mungkin juga ada yang dah habis tempoh kuarantin yang ditetapkan dan tidak bergejala,
tapi status tetap juga berisiko. Jadi apa nak buat?
Jangan panik…! Di sini kami kongsikan apa maksud status kuning MySejahtera dan
apa yang perlu dilakukan jika anda tak pernah ke mana-mana pun sebenarnya.
APAKAH MAKSUD STATUS KUNING MYSEJAHTERA?
Status kuning MySejahtera bermaksud anda dikesan sebagai
Kontak Kasual berdasarkan masa dan tempat MySejahtera Check-in.
Ia boleh terjadi disebabkan sistem mengesan kita (berkemungkinan) ada kontak
dengan kes Covid-19 melalui ‘check-in’ kita di tempat-tempat tertentu.
CARA TUKAR STATUS KUNING MYSEJAHTERA KEPADA BIRU
Inilah status kuning yang tiba-tiba muncul
LANGKAH 1
Pergi Ke Helpdesk MySejahtera
Pergi ke bahagian Helpdesk dan klik START.
Ada dekat ikon warna coklat di atas tu.
LANGKAH 2
Klik pada huruf K – I have questions about my risk category / health
assessment.
LANGKAH 3
Klik A- I would like to redo my assessment
LANGKAH 4
Seterusnya pilih A- My health assessment (maksudnya untuk diri anda)
Kalau tanggungan anda yang dilabel sebagai kontak kasual, baru tekan untuk
tanggungan dan sebagainya.
LANGKAH 5
Pilih B – To redo your health assessment
LANGKAH 6
Nyatakan sebab kenapa anda nak buat semula assessment ini. Bagilah alasan yang
munasabah, contohnya anda
LANGKAH 7
Akhir sekali isikan maklumat anda beserta e-mel yang didaftarkan
dengan MySejahtera.
Pastikan e-mail yang betul ya sebab sebarang maklumbalas nanti akan diberikan
melalui e-mail tersebut.
Ini latest malam terus dah bertukar jadi biru.
Semoga membantu anda yang ada masalah pada status masing-masing.
SELAMAT MENCUBA