CARA DAFTAR BSN ONLINE BANKING 2021
Sekarang ni semua bank dah buat sistem online untuk
memudahkan pengguna, terutamanya dalam zaman sekarang ini.
Telegram Rasmi infoinfopentingdimalaysia
Kalau ada akaun bank online, lebih mudah kita nak semak
akaun dan gunakan wang secara atas talian. Akaun BSN juga adalah akaun yang
sering digunakan dalam pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti bantuan dan pembelian
no PIN UPU.
Jadi, sebab tu senang kalau kita ada akaun myBSN online.
APAKAH MYBSN ONLINE?
MyBSN merupakan portal internet yang mengandungi semua
maklumat yang anda ingin tahu tentang BSN daripada maklumat korporat serta
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Yang paling penting, kita boleh menjimatkan masa dengan
pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet seperti menyemak baki,
membayar bil, memindahkan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan kita
sendiri.
Baca juga: 100 Jawatan Kosong Terkini PEMBANTU PENGUAT KUASAGRED KP19 ~ Minima SPM Layak Mohon
Cara Daftar BSN Online Banking
Untuk berurusan secara dalam talian dengan MyBSN, PERTAMA
SEKALI kenalah ada Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM.
Kalau ada, get ready kad tu depan komputer atau handphone
untuk mendaftar dengan MyBSN.
Ikut saja langkah di bawah ini:
- Mula-mula, sila ke portal rasmi https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Klik butang REGISTER untuk mendaftar keahlian baru di portal myBSN online
- Pastikan anda telah membaca kesemua terma & syarat yang ditetapkan oleh BSN untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Tekan ✓ pada kotak ruangan ACCEPT.
- Tekan butang NEXT.
- Isi No. Kad Bank anda beserta no CVV2 (iaitu nombor 3 digit) yang terletak di belakang kad anda.
- Masukkan tarikh luput kad yang tertera di bawah nombor kad anda dan isi di ruangan EXPIRY DATE.
- Masukkan no kad pengenalan pada kotak yang disediakan dan tekan butang NEXT untuk ke halaman seterusnya
- Masukkan USERNAME dan PASSWORD yang kita nak guna dan senang ingat. Pastikan PASSWORD melebihi 8 angka atau abjad.
- Masukkan PASSWORD yang sama di ruang CONFIRM NEW PASSWORD.
- Tekan REQUEST OTP dan sahkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan untuk akaun BSN dan tekan butang CONFIRM.
- Kod OTP tersebut akan diterima melalui no telefon yang anda daftarkan untuk akaun BSN secara SMS daripada BSN.
- Pilih satu imej pilihan dalam ONLINE IMAGE sebagai pengesahan semasa setiap kali anda login MyBSN.
- Akhir sekali, tekan butang SUBMIT dan anda bolehlah login myBSN online banking selepas ini.
CARA LOGIN MYBSN INTERNET BANKING KALI PERTAMA
Selepas selesai daftar BSN online banking, kita dah bolehlah
gunakan perkhidmatan internet banking seperti membuat semakan baki akaun,
penyata bank, pembelian dalam talian, pemindahan atau pengeluaran, dan
sebagainya.
Ikuti langkah di bawah untuk log masuk buat kali pertama :
- Pergi ke laman web rasmi BSN online banking https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Masukkan USERNAME yang telah didaftarkan
- Klik butang LOGIN untuk ke halaman seterusnya
- Pastikan ONLINE IMAGE yang telah dipilih semasa mendaftar sama dengan paparan yang ditunjukkan
- Masukkan PASSWORD yang telah didaftarkan
- Kemaskini maklumat peribadi anda
- Pilih soalan rahsia anda, dan sertakan sekali jawapan bagi setiap soalan yang anda pilih itu
- Selesai, anda kini boleh menggunakan perkhidmatan myBSN internet banking.
LUPA PASSWORD MYBSN ONLINE
Kalau dah lama tak login dan dah terlupa password atau
username, jangan risau.
Kalau terlupa PASSWORD, anda cuma perlu klik Forgot Password
dan masukkan butiran kad dan pin.
Kalau terlupa USERNAME, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan
myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh rujuk dan
hubungi saluran berikut :
1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
customercare@bsn.com.my
Facebook BSN Malaysia
Sumber : BSN / harianpost
Tahniah kerana membuat bank online mudah bagi pelanggan BSN membuat urusan serta dapat menjalinkan hubungan mesra, jujur dengan pelanggan BSN,syabas...!
ReplyDeleteI use perseveringly clear level materials - you can see them at: https://18.139.106.242
ReplyDeleteI use perseveringly clear level materials - you can see them at: qq slot
ReplyDeleteI have read all the comments and suggestions posted by the visitors for this article are very fine,We will wait for your next article so only.Thanks! qq slot
ReplyDelete