Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bonus Penjawat
Awam 2022 (Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022) yang akan dibayar kepada pegawai
Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana
Gred 56 dan ke bawah.
Hal ini telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 yang lalu.
Untuk makluman, bayaran ini akan turut diberikan kepada
pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
TARIKH BAYARAN BONUS / BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM 2022
Bayaran sebanyak RM 700 akan diberikan kepada kakitangan
awam Gred 56 dan ke bawah bersekali dengan gaji bulan Januari 2022 nanti,
menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd.
Rahman.
Beliau berkata, surat kelulusan berhubung pembayaran itu
daripada Kementerian Kewangan sudah diterima pihaknya kelmarin.
Sementara itu, bayaran RM350 diberikan kepada Pesara
Kerajaan bersekali dengan bayaran pencen Januari 2022.
KATEGORI PENJAWAT AWAM YANG LAYAK
Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan diberikan kepada mereka
yang layak.
Pegawai perkhidmatan kumpulan pengurusan dan professional
serta kumpulan pelaksana yang layak akan diperincikan dalam kenyataan rasmi
Jabatan Perkhidmatan JPA seperti sebelum ini.
Untuk rekod, bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak
2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing
RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).
Golongan berkenaan pernah menerima bayaran bonus paling
tinggi sebanyak RM1,500 manakala pesara menerima RM750 iaitu termasuk bayaran
bantuan khas Aidilfitri pada Bajet 2018 sewaktu pentadbiran Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Jabatan
Perkhidmatan Awam / Bahagian Pencen JPA menerusi portal berikt: