Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta
untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain, umum
Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sebuah sidang media terkini.
Bantuan ini turut melibatkan Bantuan Wang Ihsan, di mana
setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1000.
Manakala kes kematian akan mendapat sumbangan RM5000
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Wang Ihsan,
syarat-syarat kelayakan mendapatkan bantuan RM1000 & RM5000 serta cara
membuat permohonan.
APAKAH BANTUAN WANG IHSAN (BWI) UNTUK MANGSA BANJIR YANG
DIUMUMKAN?
Kerajaan bersetuju menaikkan
kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi
setiap ketua isi rumah terjejas ketika
Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
perkara itu dicapai menerusi Mesyuarat JPBP dipengerusikan beliau pada 13
September lalu sebagai membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa
bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19.
SYARAT KELAYAKAN
- BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
- Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
- Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
- Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberika sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.
JUMLAH AMAUN KELAYAKAN
Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua
Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
Terkini, NADMA turut memaklumkan bahawa waris mangsa
kematian pula akan mendapat RM5000.
CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah
masing-masing.
Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),
Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.