APA ITU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022?
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada
golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat
berpendapatan rendah.
Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul
Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober
2021 (Jumaat).
SYARAT DAN KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori
kelayakan seperti berikut:
PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM 2022)
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon
BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik
ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod
dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang
mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh
yang ditetapkan.
PENERIMA GKP TIDAK LULUS BPR AKAN DIPERTIMBANG TERIMA BKM
SECARA AUTOMATIK
Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan
permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40 akan
dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik mengikut
syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
berkata, kerajaan komited untuk membantu golongan memerlukan terutamanya
golongan rentan dengan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah
BKM pada 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima.
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM PERMOHONAN
PENGESAHAN PENGENALAN
- Pengesahan Pengenalan Pasangan: MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan.
- Pengesahan Pengenalan Anak: MyKad / MyKid dan Sijil Lahir Anak. Semakan pengenalan dan status warga negara anak akan dibuat dengan data JPN.
PENGESAHAN PENDAPATAN
Maklumat pendapatan tiada dalam rekod agensi pendapatan.
Oleh itu, dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik atau dikemukakan adalah
seperti berikut:
- Slip Gaji sekurang-kurangnya 3 bulan atau
- Akuan pengesahan pendapatan.
APAKAH DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUAT
PERMOHONAN
BKM 2022 Semakan Status
Buat masa sekarang semakan status masih lagi belum dibuka. Namun
anda boleh menyemak status terkini bantuan ini di laman
https://bpr.hasil.gov.my/