Umum mengetahui bahawa kerajaan telah pun merangka bajet
2022 dengan faktor "wow" yang dikatakan akan memberikan manfaat
kepada semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin bahawa
tiada seorang pun akan tercicir dengan agenda pemulihan negara setelah
mengalami kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19.
Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis
perniagaan, kerajaan telah memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim
Transaksi Tanpa Tunai. Untuk makluman, lebih 2 juta belia akan menerima manfaat
daripada program ini dengan peruntukan 300 juta ringgit.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan
pemberian bantuan eWallet RM150 untuk golongan belia dan pelajar IPT.
KADAR BANTUAN
Bantuan melalui eStart iaitu e-Skim Transaksi Tanpa Tunai
akan diberikan kepada golongan belia yang layak sebanyak:
RM150 secara one-off
Pihak kerajaan akan mengkreditkan jumlah bantuan tersebut
kepada akaun e-dompet para belia dan pelajar yang layak.
SYARAT KELAYAKAN
Pemberian eStart adalah kepada individu yang memenuhi syarat
kelayakan seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Belia 18 hingga 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
CARA & TARIKH PERMOHONAN
Tarikh dan cara melakukan permohonan eStart kepada golongan
belia dan pelajar IPT yang berkelayakan masih belum dimaklumkan. Perkongsian
ini akan DIKEMASKINI setelah mendapat makluman baru daripada pihak kerajaan.
Semoga dengan adanya bantuan ini, ianya mampu untuk membantu
mengurangkan beban para golongan belia dan pelajar IPT di Malaysia.