KWSP menyatakan bahawa pengkreaditan duit i-Citra dimasukkan
pada waktu bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat ke dalam akaun bank penerima. Pada
masa yang sama, pembayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat.
BAYARAN SECARA ARAHAN BAYARAN i-CITRA
Untuk pembayaran melalui arahan pembayaran, anda akan
menerima notis pengeluaran atau menghubungi cawangan KWSP yang terpilih untuk
mengumpulkan arahan pembayaran.
CARA SEMAK STATUS i-CITRA
Anda boleh menyemak dan mendapatkan status pembayaran
terkini melalui i-Akaun penerima. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai
pembayaran i-Citra bulan September, anda boleh menghubungi 03-8922-4848.
Berikut adalah cara semak status i-Citra
- Buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
- Klik pada pada menu “Withdrawal History” dan “i-Citra”.
- Status permohonan akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud LULUS.
TARIKH BAYARAN
- Bermula 1 November 2021
Ketinggalan zaman pnya info
ReplyDelete