Tahukah anda, kerajaan ada mengumumkan bantuan Program Rebat
Bil Elektrik pada 2 Januari 2021 lalu. Program ini khusus kepada kumpulan sasar
miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 selaras dengan
hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.
PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40
Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program yang telah
diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah
dilaksanakan dari tahun 2008 sehingga 2018.
Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang sebelum ini dibuka
kepada semua pengguna domestik akan dihadkan kepada kumpulan sasar berstatus
miskin tegar dengan nilai rebat sehingga RM40 sebulan jika tersenarai sebagai
miskin tegar dalam sistem eKasih ICU JPM.
- Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebhat ialah KIR miskin tegar yang disenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
- Berpendapatan bulan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169.
- Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021
- Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
- Hanya satu akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar dan disahkan dalam sistem eKasih.
- Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.
- Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada tahun 2019 dan 2020.
- Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari masa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemaskini nombor akaun.
- Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
SEMAKAN KELAYAKAN
Semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal semakan rebat
ketsa di https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php
Hanya pemohon di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar
dan disahkan dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan Program Rebat Bil
Elektrik RM40.
FAQ
Soalan-soalan lazim mengenai Program Rebat Bil Elektrik RM40
boleh klik di sini.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang permasalahan dan pertanya mengenai program ini, ada
boleh menghubungi:-
Talian Hotline MyGCC : 03-8000-8000
Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454
Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111