Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut
selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini,
pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai
berkata, dalam kejadian jam 2.41 petang itu, mangsa dipercayai ditinggalkan
bersendirian di rumah oleh bapanya yang keluar membeli barang, dalam keadaan
pintu berkunci.
“Apabila bapa mangsa pulang ke rumah, dia mendapati anaknya
telah tiada.