Kerajaan dijangka mengumumkan Perintah Gaji Minimum pada
tahun depan selepas kajian mengenainya selesai akhir tahun ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata,
pada ketika ini kerajaan masih menjalankan kajian mengenai gaji minimum yang
dijangka selesai pada suku keempat tahun ini.
"Kajian semula gaji minimum ini adalah selaras dengan
Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana ia perlu dikaji sekali dalam
dua tahun.
"Ini kita tidak boleh ubah, kalau kita mahu ubah kena
buat melalui Parlimen, ia bukan setahun sekali seperti Yang Berhormat Muar
katakan tadi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mengenai semakan gaji minimum di Dewan
Rakyat di sini, pada Isnin.
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan pada 1 Februari 2020,
dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan.