Pembayaran Bantuan Khas Covid (BKC) baru sahaja akan
dilaksanakan pada 25 November ini. Namun begitu, bukan semua penerima bakal
menerima bantuan tersebut pada pembayaran Fasa 2 ini. Sila semak maklumat penuh
dibawa
BANTUAN KHAS COVID
Sebelum kita pergi ke perincian penuh, BKC adalah bantuan
yang diberikan ketika negara sedang menghadapi pandemik Covid-19 pada Jun lalu.
Ia sebagai bantuan kepada rakyat kerana banyak penutupan
sektor ekonomi yang seterusnya akan menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan
dan tiada pendapatan bulanan.
Kerajaan harap dengan adanya bantuan tersebut, ia mampu
meringankan beban rakyat yang layak.
TIADA PEMBAYARAN UNTUK KATEGORI B40 DAN M40
Mesti ramai penerima yang belum mengetahui perkara ini. Ia
adalah perkara yang wajib anda tahu supaya golongan B40 dan M40 tidak
tertanya-tanya kenapa wang BKC mereka belum masuk.
Umum tahu, BKC akan dibayar kepada kepada tiga (3) kategori
iaitu Miskin Tegar, B40 dan M40.
Namun untuk BKC Fasa 2 hanya kategori Miskin Tegar sahaja akan dibayar.
1. KATEGORI B40
Pembayaran akan kembali disambung pada BKC Fasa 3 iaitu
Disember nanti.
Namun, tiada pembayaran untuk golongan bujang dan warga emas
kerana pembayaran sudah selesai pada BKC Fasa 1.
2. KATEGORI M40
Tiada pembayaran akan dilaksanakan lagi untuk semua golongan
(isi rumah, bujang dan warga emas).
Hal ini kerana pembayaran sudah selesai pada BKC Fasa 1
lalu.
JUMLAH BANTUAN
Disebabkan hanya kategori Miskin Tegar sahaja akan dibayar,
berikut ialah jumlah bantuan yang akan diterima :
- Isi rumah akan menerima bantuan berjumlah RM 500
- Manakala golongan warga emas dan bujang akan menerima bantuan RM 300 setiap seorang
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh rujuk ke
laman web rasmi bkc.hasil.gov.my atau hubungan hotline BKC pada talian
1-800-882747