Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat
mulai 25 November ini dengan peruntukan RM300 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata
bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang
dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.
"Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan
dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember
2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi
rumah kategori miskin dan B40," memetik kenyataan yang dikeluarkan beliau
hari ini.
Beliau pada masa sama menegaskan bahawa kerajaan sentiasa
peka terhadap keluh-kesah rakyat selain berharap pembayaran BKC ini mampu
meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,
kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat
disalurkan secara berkesan," katanya.
Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal
BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.
Untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan jumlah
bantuan yang bakal diterima, warga Keluarga Malaysia boleh merujuk Jadual 2
serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.
Sumber : AstroAwani
Orang bujang dan duda tidak terkesan dgn pandemik covid19,sebab itu tidak layak untuk disalurkan bantuan BKC.
ReplyDeleteAgak nya orang bujang dan duda sungguh istimewa sebab tergolong dalam kasta pariah.
Tu la pasal...
DeleteSy sokong 100%, org bujang & duda ni robot kot! X payah makan,bayar bill itu bill ini.,.
ReplyDelete