Seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi
hukuman mati mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati
bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Alwi Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman
itu terhadap Hairun Jalmani, 55, selepas mendapati pendakwaan berjaya
mewujudkan kes prima facie manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan
munasabah.
@biskutpahit1111 Kesian nya. igt lah semua jika kita tidak berduit kita bukan lah sesiapa.😞 #fypシ #fyp
♬ Seribu Kemanisan - Siti Nurhaliza
Tertuduh yang juga penjual ikan didakwa memiliki dadah jenis
syabu seberat 113.9 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pangkalan
Wakuba, Batu 15, Jalan Apas, Tawau pada jam 5.30 petang, 10 Januari 2018.
Sumber : AstroAwani