Bajet 2022 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen
Malaysia pada jam 4 petang hari ini oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri
Zafrul Abdul Aziz.
Sebagai bajet pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang pertama sejak Rancangan
Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan, tiga matlamat utama Bajet 2022 digariskan,
iaitu
- MELINDUNGI DAN MEMULIH KEHIDUPAN SERTA MATA PENCARIAN
- MEMBINA SEMULA DAYA KETAHANAN NEGARA
- MEMANGKIN PEMBAHARUAN
Berdasarkan kenyataan Pra-Bajet pertama dikeluarkan
Kementerian Kewangan (MoF) pada Ogos, kerajaan akan memastikan bajet bersifat
komprehensif dan inklusif, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.
Mengambil semangat itu, tiada individu atau perniagaan yang
tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan, terutamanya mereka yang
terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan pada
2021.