Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang
dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin
bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.
Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta
untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di
bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3
bulan, bermula 1 Julai 2021.
Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk
melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad
untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.
BANTUAN PRIHATIN KASIH
Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima
elaun sebanyak:
RM100 selama 3 bulan
Elaun akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.
Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di
kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.
Orang ramai perlu semak kelayakan terima bantuan terlebih
dahulu untuk ketahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan PRIHATIN Kasih.
Dah semak tetapi NAMA TIADA DALAM REKOD? Anda boleh cuba SEMAK permohonan yang disediakan di bawah.
SEMAKAN STATUS TIADA REKOD
Menurut maklumat dari pihak MyKasih Foundation:
Bagi sebarang pertanyaan berkenaan Program PRIHATIN Kasih,
adalah dimaklumkan bahawa penerima PRIHATIN Kasih telahpun dikenalpasti dan
dipilih melalui data Jabatan Kebajikan Rakyat (JKM) serta sistem e-Kasih yang
disemak bersama data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Sekiranya 'Semakan Status' kelayakan Tuan/Puan menunjukkan
'Tiada Rekod' sila gunakan eBorang yang disediakan untuk pertimbangkan pihak
JKM san e-Kasih Pihak kamu akan menghubungi Tuan/Puan jika permohoanan bantuan
diluluskan oleh pihak kerajaan.
BORANG PERMOHONAN PROGRAM PRIHATIN KASIH
Bagi yang tiada rekod semasa buat semakan status, anda boleh
cuba isi borang permohonan yang disediakan di bawah
SEMAK PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN PRIHATIN KASIH
Penerima PRIHATIN Kasih yang layakan akan menerima SMS dari
MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah
program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai
runcit yang terdekat.
Elaun akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.
Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di
kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.