Rentas negeri akhirnya dibenarkan berkuat kuasa pada 11
Oktober selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut
susulan penularan pandemik COVID-19.
Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra,
termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.
Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas
kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90
peratus pada Ahad.