Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob berkata Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM 500
secara sekali beri kepada individu yang hilang pendapatan, akan dibayar mulai
esok.
Bantuan ini
adalah sebahagian daripada pakej PEMULIH yang telah diumumkan pada Jun lalu dan
merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.
Perdana
Menteri berkata, bantuan itu akan diberikan kepada hampir 870,000 individu yang
hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.
“Kerajaan
terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama
kumpulan sasar yang terjejas a.kibat p.andemik C0VID 19 sentiasa terbela.
“Bagi
membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP sebanyak RM
500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa, 26 Oktober 2021.
“Semua
bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM 434 j.uta demi
memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam satu
kenyataan pada 26 September lalu, Ismail Sabri memaklumkan beberapa bentuk
bantuan, antaranya BKP, akan diberikan kepada penerima yang layak dan dijadual
akan disalurkan pada bulan ini hingga Disember depan.
Mengulas
lanjut, Perdana Menteri memaklumkan pemberian BKP kepada pekerja yang
kehilangan sumber pendapatan adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.
Katanya,
semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok, melalui Portal BKP iaitu.
“Untuk
maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut
dimuat naik di portal berkenaan. Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain
yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia
dalam mengharungi tempoh yang masih menc.abar ini,” katanya.
Kredit : BH