Kemaskini Maklumat BKC (Bantuan Khas Covid-19) Bermula Pada
7 Oktober 2021
Makluman penting buat penerima BKC, anda kini boleh membuat
kemaskini maklumat akaun bank yang berstatus Gagal Kredit & Tiada Maklumat
Akaun Bank bagi memudahkan bayararan fasa seterusnya.
Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) melalui akaun sosial Facebook bertarikh 7 Oktober 2021.
Berikut kami kongsikan cara membuat kemaskini untuk makluman
bersama.
Tarikh Kemaskini
- Tarikh dibuka: 7 Oktober 2021
- Tarikh akhir: 21 Oktober 2021
Semakan Status BKC
Sebelum anda mengemaskini, anda boleh semak dahulu status
BKC untuk memastikan sama ada maklumat akaun anda telah lengkap atau perlu
dikemaskini kerana Gagal Kredit / Tiada Maklumat Akaun.
Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui
pautan
Semakan boleh dibuat seperti berikut:
- Klik Log Masuk atau Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Pembayaran
- Paparan Borang
Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC
Kemaskini maklumat akaun bank penerima Bantuan Khas Covid-19
(BKC) boleh dibuat secara online (atas talian) atau secara manual.
Cara membuat kemaskini adalah seperti berikut:
- Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/.
- tekan butang Log Masuk
- Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda
Cara Kemaskini Maklumat Wakil BKC
Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM
secara janji temu.
- Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/.
- Tekan butang Log Masuk
- Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang Kemaskini Maklumat Wakil untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank andaUntuk makluman, proses pengkreditan bagi Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi kategori B40 telah bermula secara berperingkat pada 6 September 2021 dan M40 pada 9 September 2021.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web
https://bkc.hasil.gov.my. atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN
KHAS BKC
Untuk berurusan di kaunter LHDN, sila rujuk pauta
https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx untuk menempah slot e-Janji
Temu online