Selepas lama diberikan kelonggaran untuk penangguhan
pembaharuan driving licence yang telah tamat tempoh oleh jpj, akhirnya
penguatkuasaan akan dilakukan selepas ini. Pengumuman dan kenyataan terkini
dari Jabatan Pengangkutan Jalan mengatakan semua pengguna jalan raya perlu
renew lesen memandu samada secara online atau di pejabat pos.
JPJ memberikan lanjutan tempoh moratorium untuk pembaharuan
driving licence anda termasuk lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu
Malaysia (LMM) lesen vokasional (GDL/PSV) sehingga 30 Disember sahaja.
Ini bermakna bermula 1 Januari 2021, penguatkuasa di seluruh
negara oleh JPj akan dikuatkuasakan dan saman akan dikeluaarkan kepada anda
jika masih ingkar.
CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE
Bagi memudahkan anda renew lesen memandu semasa waktu dan
semasa pkp sekarang ini, anda boleh buat secara online melalui sistem my sikap ataupun
melalui rakan bisnes mereka iaitu melalui paltform portal my eg. Salah satu
terpulang, yAng mana senang untuk anda.
(i) Renew dengan My eg
Anda boleh follow 8 step by step untuk renew dengan sistem
my eg secara online melalui link pautan di bawah ini, https://www.myeg.com.my/
STEP 1: Buka Portal My eg
STEP 2: Tekan icon Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ
STEP 3: KLIK butang Driving Licence Renewal atau Pembaharuan Lesen Memandu CDL
STEP 4: Tekan proceed
STEP 5: Sila semak info yang terpapar seperti di bawah ini
adalah tepat dan betul
STEP 6: Buat pembayaran secara online samada menggunakan
Internet banking atau Credit Card anda
STEP 7: Tunggu dalam tempoh 4-5 hari selepas pembayaran
berjaya dilakukan oleh runner My eg terus ke pintu rumah anda
STEP 8: Alhamdulillah telah selamat sampai ke rumah.
Sekarang ini turn anda pula buat.
Denda Lewat Renew Lesen Memandu 2021
Untuk makluman anda, tiada denda dikenakan untuk yang lewat
atau lambat renew lesen memandu tidak kira samada kereta atau motosikal /
motor.
Cuma tempoh untuk menjadi lebih pendek.
Sebagai contoh Lesen anda mati bulan 4, renew bulan 8. Tiada
apa apa caj tambahan atau denda dikenakan kepada anda. Cuma rugi tahun. Sebab
tetap JPJ Kira setahun sampai ke birthday anda pada tahun depan, walaupun
tempoh masih tidak cukup setahun. Jelas?
Soalan Lazim & FAQ
1. Adakah sudah boleh renew lesen memandu di pejabat pos
sekarang?
Ya sudah boleh sekarang
Semoga perkongsian ini membantu anda renew lesen memandu
secara online atau di pejabat pos