Selepas bantuan bkc , Kerajaan memperkenalkan Bantuan
Kehilangan Pendapatan. Bantuan ini merupakan bantuan yang diberikan khusus
kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. Bantuan ini
adalah sebahagian daripada pakej PEMULIH yang telah diumumkan pada Jun lalu dan
merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.
Kadar Bantuan Yang Diberikan
Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan
kepada mereka yang kehilangan pendapatan.
Cara Membuat Permohonan
Untuk pengetahuan anda, tiada permohonan akan dibuka untuk
bantuan ini kerana data penerima akan disemak silang oleh KWSP atau PERKESO
untuk memastikan setiap individu yang layak diberikan bantuan ini.
Namun begitu, semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman
web BKP di https://bkp.hasil.gov.my/
Tarikh Bantuan Akan Disalurkan
Bantuan akan mula disalurkan pada 26 Oktober 2021.
Semakan Bantuan RM500
Semakan status kelayakan BKP ini boleh dibuat pada 26
Oktober 2021, sila ikuti langkah semakan di bawah:
- Layari https://bkp.hasil.gov.my
- Masukkan MyKad anda.
- Masukkan Kod Kaptcha yang betul.
- Paparan semakan status akan dipaparkan sama ada berjaya atay pun tidak layak.
- bantuankehilanganpendapatan
*Portal rasmi tersebut akan dibuka pada tarikh 26 Oktober.