Untuk pengetahuan anda, Bantuan Susu Formula BSF ini
merupakan inisiatif dan bantuan daripada team Portal Malaysia khas untuk rakyat
Malaysia yang terkesan dengan pandemik ini.
Bantuan Susu Formula sebelum ini telahpun dilancarkan bulan
Julai 2021 yang lalu dan kini Portal Info Malaysia Kini bersedia untuk membantu lebih
banyak bayi dan kanak-kanak di Malaysia.
Selain bantuan ini juga, terdapat juga bantuan yang telah
disediakan oleh kerajaan yang anda boleh memohon seperti Bakul Prihatin Negara
dan BKC.
Tujuan Bantuan
Tujuan bantuan ini diadakan adalah kerana menurut kajian,
ramai kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kekurangan nutrisi dalam badan,
menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut.
Lebih-lebih lagi di waktu pandemik dan keadaan ekonomi yang
runcing ini menyebabkan lebih ramai bayi terkesan.
Jadi Bantuan Susu Formula BSF 2.0 ini adalah untuk membantu
golongan B40 tidak kira agama dan bangsa.
bsf bantuan susu formula (1)
Bantuan untuk batch 1 pada Julai yang lalu telahpun
diagihkan secara berperingkat.
Bantuan Susu Formula BSF 2.0
Bantuan Susu Formula untuk sebulan ini dikategorikan kepada
beberapa bahagian seperti berikut :
- Bayi berusia 0 – 6 bulan
- Bayi berusia 6 bulan – 12 bulan
- Bayi berusia 1 tahun – 3 tahun
Syarat Kelayakan
- Mempunyai bayi berumur 0 bulan- 3 tahun
- Golongan B40
- Tidak dapat Bantuan Susu Formula 1.0
Jika anda sudah dapat menerima BSF sebelum ini, anda tidak
boleh memohon. Sila beri peluang peluang kepada mereka yang belum dapat lagi.
Cara Permohonan
Bagi mereka yang memerlukan anda boleh mohon dengan cara
berikut:
1. Klik Borang Permohonan di bawah.
2. Isikan maklumat lengkap dalam borang.
Borang Permohonan Bantuan Susu Formula BSF
Klik borang permohonan dan isi borang permohonan. Kemudian
pihak kami akan proses permohonan dan menyediakan bantuan untuk dipos ke alamat
yang diberikan. Itu sahaja.
Maaf, pihak kami tidak dapat memberi bantuan dalam bentuk
wang ringgit.
Info Lanjut
Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban
anda. Dan kami di Portal Malaysia berharap bayi anda dapat membesar dengan
sihat.
Portal Malaysia menjemput portal-portal lain untuk kongsikan
artikel ini dan berharap agar portal-portal lain juga dapat membuat sumbangan
bersasar supaya kita dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat majmuk
Malaysia.
Doakan juga team Portal Malaysia berjaya & dimurahkan
rezeki. Amin.