Selain BPR, masih terdapat bantuan tunai lain iaitu Bantuan
Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang akan
disalurkan kepada mereka yang layak pada Oktober hingga Disember 2021.
Disini kami akan kongsikan maklumat salah satu bantuan yang dinyatakan
dalam belanjawan2021 iaitu maklumat mengenai Bantuan Kehilangan Pendapatan
(BKP).
Baca juga:
Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Isi Rumah
Ini Tarikh Rasmi Pembayaran Bulan Oktober 2021 i-Citra
Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan BPR Bermula 28 September
2021
BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)
Bantuan ini adalah bantuan berjumlah RM500 yang diberikan
kepada pekerja yang hilang sumber pendapatan melalui data KWSP atau PERKESO
2021.
Bantuan BKP ini juga termasuk dalam pekej PEMULIH atau Pakej
Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi seperti yang telah diumumkan oleh
pihak kerajaan sebelum ini.
KADAR BANTUAN
Bantuan sebanyak RM500 dibayar secara ‘one-off’ kepada
mereka yang hilang sumber pendapatan.
CARA PERMOHONAN BKP
Untuk makluman, bantuan ini tidak memerlukan apa-apa permohonan.
Sebaliknya, bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang layak melalui data
yang di KWSP atau PERKESO.
TARIKH PEMBAYARAN
Bantuan RM500 ini dijangka akan diberikan kepada penerima
pada bulan oktober 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan kemudian oleh pihak Kementerian
Kewangan Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT
Kenyatakan terbaru yang telah dikeluarkan oleh pihak
Kementerian Kewangan Malaysia mengenai bantuan BKP serta bantuan-bantuan lain
boleh semak di Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di pautan berikut:
Pada tahun ini saya sudah bukan lagi penerima BPR kenapa ya..? sedangkan selama ini saya adalah penerima BR1M,BSH&BPR fasa 1, kenapa tiba-tiba fasa 2 saya gagal? sedangkan saya pun bukan pemohon GKP saya hanya terima bantuan Covid Sabah,apa masalahnya? sudahlah kami sekeluarga hidup susah.. kerja pun susah mahu dapat.kalau harapkan elaun penugasan RELA saya pun sudah berakhir saya suri rumah, saya juga yang seorang menyara hidup kami 4 beranak.. apa sudah jadi..?
ReplyDelete