Yayasan Selangor adalah dengan ini membuka Tawaran Pinjaman
Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 kepada pelajar yang telah
menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat
Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
(IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara.
SYARAT KELAYAKAN
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau; Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri / Penghulu/ Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.
- Pendapatan per kapita keluarga di bawah RM 3,000.00
- Pelajar belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan daripada mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.
- Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS dan status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.
Bantuan Peranti RM300 & Pelan
Data Bulanan RM180
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
TARIKH TAWARAN
- Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor ini dibuka mulai 1 September hingga 30 September 2021.
CARA PERMOHONAN
- Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh dimuat turun dan dicetak di pautan : BorangPinjaman Pelajaran YS
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama salinan dokumen yang diperlukan, hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup tawaran di alamat seperti berikut:
Bahagian Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
- Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor melalui telefon atau email berikut:
Telefon: 03 – 7669 1237 / 188 / 243 / 162
Email: tajaan@yselangor.com
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda
boleh terus rujuk di laman web rasmi Yayasan Selangor - KLIK DISINI
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia